Jumaat, 27 April 2012

Petua Lembutkan Hati Anak-Anak

Di antara petua untuk lembutkan hati anak-anak. Sebaiknya amalan ini dibuat oleh ibu untuk anaknya. (Petua ini saya perolehi dari guru saya Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi –Mantan Dekan Kuliah Syariah, Kolej Universiti Insaniah KUIN). Semoga usaha ini dapat membantu merungkai kekusutan yang sedang kita alami.

1. Ambil air kosong, dan gunakan jari manis ambil air lelangit (ibu), dan kacau ke dalam air.

2. Baca surah al-Fatihah. Apabila tiba pada ayat:

إيَّاكَ نَعْبُدُ وَ إيَّاكَ نَسْتَعِينَ
niatkan hajat anda. Kemudian sempurnakan bacaan al-Fatihah hingga selesai.

3. Setelah selesai bacaan al-Fatihah tadi, teruskan membaca ayat 82 dari surah al-Isra` (الإسـراء).

4. Kemudian baca surah Tho Haa (طــه) dari ayat 1 hingga 5.


5. Kemudian berdoa pada-Nya,dengan cara memulakan selawat keatas baginda Rasulullah SAW. Kemudian baca doa berikut:

الـلهمَّ لَـيِّنْ قَـلْبَ إبْنِي (sebut nama anak) لِوالِدَيْهِ وَلِإخـْوَتِهِ كَـمَا لَـيَّنْتَ لِداوُودَ الْحَـدِيدَ وصَلّى اللهُ عَلى سَيِّدِنا مُحمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلَّم. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَـالـَمِينَ.
Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhanku..! Lembutkanlah hati anak ku (sebut namanya) terhadap ibubapanya, dan juga terhadap saudara-saudaranya, seperti mana Engkau (anugerahkan) pada Daud (Alaihissalam) kebolehan melembutkan besi...”

6. Tiupkan ke dalam air. Air tersebut diberikan pada anak untuk minum.

Pesanan:
Banyakkan berdoa pada-NYA, merintih pada-NYA pasti rintihan hamba yang ikhlas akan didengari oleh Allah yang Maha menunaikan hajat hamba-NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...