Rabu, 28 Disember 2011

Honda The Power of Dream

BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.
 
Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.
Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.

Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...