Jumaat, 3 Jun 2011

PAS Titi Midin hulurkan bantuan

Khamis, 02 Jun 2011: PAS cawangan Titi Midin, Perlis melalui setiausahanya Encik Mohd Hussin Bin Senapi dan rombongan telah pun menyerahkan sedikit bantuan kewangan yang dikutip dari derma ikhlas ahli-ahli PAS cawangan Titi Midin, kepada YB Dr.Rosli Bin Che Mat (ahli parlimen Hulu Langat) untuk diserahkan kepada pihak Madrasah at-Taqwa.

Sumbangan yang dihulurkan walaupun tidak seberapa jumlahnya, namun sumbangan ini adalah menjadi bukti bahawa warga PAS cawangan Titi Midin sangat prihatin terhadap bencana dan musibah yang melanda institusi pendidikan Islam di Malaysia. Rombongan juga sempat menziarahi kesan tapak tanah runtuh yang melanda madrasah tersebut.

Perasaan sedih berbaur hiba apabila dapat melihat sendiri bencana yang menimpa warga madrasah. Hanya doa yang dapat kami iringkan bersama derita mangsa-mangsa yang terlibat. Yaqinlah sesungguhnya disebalik ujian ini tersirat sejuta hikmah dan pengajaran buat seluruh warga madrasah.

PAS cawangan Titi Midin juga ingin merakamkan takziah kepada mangsa tragedi yang menimpa Madrasah At-Taqwa. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. Kepada mereka yang tercedera diharapkan sabar dalam menghadapi cubaan Allah ini.

Rombongan juga ingin mengucapkan 'jazakumullahu khairan kathira' kepada YB Dr.Rosli kerana sudi meluangkan masa bertemu rombongan yang jauh datang dari Perlis sekalipun YB sibuk dengan beberapa program penting. 'Hanya Allah saja yang dapat membalasnya'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...