Khamis, 13 Januari 2011

Orang fasiq dengan beritanya..!


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang yang fasiq membawa satu berita (penting) maka periksalah (berita itu) dengan teliti (jangan terus percaya), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (al-Hujurat 18)

Ayat ini Allah SWT mengajar hambanya agar berhati-hati dengan setiap berita yang sampai, dan bagaimanakah harus setiap insan bertindak menghadapi sesuatu berita. Hal ini penting, kerana berita yang palsu pasti mengundang perpecahan. Orang yang fasik memang sangat gemarkan perpecahan. Berita sebegini lebih kuat mendapat liputan berbanding berita yang sememangnya 'benar'.

Maka entri kali ini, ingin mengajak para pembaca agar berhati-hati dengan setiap berita yang datang. Berita yang datang hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum ianya diwartakan untuk pengetahuan ramai. Apatah lagi prinsip Islam 'seseorang itu tidak dikira sebagai bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya'.

"Fasiq bererti keluar dari kebenaran. Fasiq kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq."(Pengertian Fasiq)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...