Sabtu, 29 Januari 2011

Jom kenali Cikgu Mala..!

Biodata Calon


Biodata Calon PAS Dun Tenang Puan Normala Sudirman

Tarikh lahir
 
 :   6 Jun 1973
Tempat lahir
 :
Kampung Serom 3, Muar, Johor
Bapa
 :

Sudirman Suratman – Bekas Ketua Peserta FELCRA, 
Bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang

Ibu
 :
Mukmini Yahya – Peneroka FELCRA
Pendidikan  : SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Kemelah
Sekolah Menengah Tenang Stesen
Sekolah Menengah Paduka Tuan
Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam

Maktab Tuanku Bainun

Suami
 :
Makrof Abd Mutalib
Politik  : Ketua Dewan Muslimat PAS Labis
Naib Ketua Dewan Muslimat Johor
Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang

Khamis, 27 Januari 2011

Guru Cemerlang wakili PAS di PRK DUN Tenang


"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," (Timbalan Presiden PAS-Nasharuddin Mat Isa)

LABIS, 27 Jan: "Beliau (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat dalam ceramah pertamanya di Tenang malam tadi.

Nik Aziz mengaku beliau tidak mengenali calon PAS itu dari dekat namun kehebatan bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat," kata Nik Aziz dalam ceramahnya di Dataran Air Panas, Labis.

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam semalam ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu  tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

Dalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

Katanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh Kementeri Pelajaran sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah  Baru, lapor Malaysiakini.

Sebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.

Sumber berita: harakahdaily

Khamis, 13 Januari 2011

Orang fasiq dengan beritanya..!


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang yang fasiq membawa satu berita (penting) maka periksalah (berita itu) dengan teliti (jangan terus percaya), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (al-Hujurat 18)

Ayat ini Allah SWT mengajar hambanya agar berhati-hati dengan setiap berita yang sampai, dan bagaimanakah harus setiap insan bertindak menghadapi sesuatu berita. Hal ini penting, kerana berita yang palsu pasti mengundang perpecahan. Orang yang fasik memang sangat gemarkan perpecahan. Berita sebegini lebih kuat mendapat liputan berbanding berita yang sememangnya 'benar'.

Maka entri kali ini, ingin mengajak para pembaca agar berhati-hati dengan setiap berita yang datang. Berita yang datang hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum ianya diwartakan untuk pengetahuan ramai. Apatah lagi prinsip Islam 'seseorang itu tidak dikira sebagai bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya'.

"Fasiq bererti keluar dari kebenaran. Fasiq kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq."(Pengertian Fasiq)

Selasa, 4 Januari 2011

Kerajaan PAS hadiahkan rumah..!


"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," (TG Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan)

KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan. Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil. Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Sumber berita: harakahdaily.net
Lagi berita disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...