Ahad, 11 Julai 2010

'Bomoh Sotong' pilih PR untuk PRU13!

Demam Piala Dunia (PD) 2010 hampir berakhir. Sambutannya hebat diperkatakan. Saban hari cerita PD menjadi siulan peminat-peminat bolasepak. Namun menariknya PD kali ini, isu 'bomoh sotong' juga menjadi bualan, bahkan ada yang 'mempercayai' dengan 'bomoh sotong' tersebut. Sering saja ramalannya tepat. Seolah ramalanya keramat. Sekalipun tidak mempercayainya, namun sebelum perlawanan berlangsung akan ada yang bertanya, 'apa tilikan bomoh sotong?'. Begitulah anehnya dunia hari ini! Ingatkan soal sakit-demam, untung-sial saja yang bertuhankan 'bomoh'. Sukan pun sudah dibomohkan. Alamatnya, profesion 'perbomohan' akan rancak beroperasi dan akan tumbuh bak cendawan.

Saya masih ingat, ketika pasukan Jerman tewas pada Sepanyol, ada SMS yang masuk menempelak ramalan sotong. Bahkan ada yang memberi cadangan, disembelih saja sotong tu buat tomyam. Apapun, disebalik keghairahan PD kali ini, janganlah sampai ada yang tergadai. Jangan kerana taksubkan bolasepak, akidah kita dilukai tanpa sedar. Mempercayainya adalah syirik, sekalipun ramalannya benar. Nabi SAW ada bersabda "Telah berdustalah tukang tilik, sekalipun tilikannya benar"

Justeru, apakah gambar di atas boleh dijadikan pegangan? Pastinya tidak. Islam tidak berdiri dengan paksi 'nasib dan tilikan' tetapi Islam berdiri di atas paksi 'usaha dan redha' dengan ketentuan-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...