Khamis, 15 Oktober 2009

Televisyen & Kehidupan

PETANG 14 OKT, ketika sedang menikmati hidangan petang bersama isteri dan anak sambil menonton televisen tiba-tiba terdengar satu bunyi yang sederhana kuat seperti pecahan kaca. Ketika itu jugak tv yang telah berusia hampir 4 tahun itu terpadam. Tercengang seketika, buntu dan tergamam dengan apa yang berlaku. Inilah pengalaman pertama mendengar dentuman dari kotak tv.

Gelisah dengan apa yang berlaku. Tv dengan kehidupan manusia sudah menjadi sebahagian dari keperluan,  begitu juga telefon bimbit. Setiap isi rumah zaman sekarang pastinya memiliki tv, sekalipun panorama rumahnya beratapkan nipah, berlantaikan papan dimamah usia. Silap-silap ASTRO pun ada. Kenapa jadi begitu? kerana kebanyakan manusia generasi kini dikuasai dunia, bukan manusia yang mengusai dunia. Apapun memiliki tv adalah sesuatu yang baik dan bagus jika diurus selia dengan baik.

Ketika artikel ini ditulis, hanya saya yang mengadap "laptop" mengisi masa terluang yang biasanya ketika ini sibuk dengan remote tv di tangan. Isteri pulak sibuk melayan anak dalam bilik mengisi keboringannya, yang kebiasaannya juga ketka ini menonton tv. Masing-masing seolah-olah buat bisnes masing-masing. "hah itu baru semalam penangan takdak televisen!" getus aku dalam hati, sambil mengelengkan kepala tanda hairan. Malam seakan terlalu lama. Lepas isyak rumah dah gelap, senyap sepi. Syahdu rasanya walaupun sesekali hilyatulhusna bersungut "tv bila nak siap umi..." meminta jaminan. "Esok siap insyaallah" isteriku cuba menenangkannya. Anak yang sedang meningkat usia 4 tahun, selain permainan yang mendampinginya, tv jugak dapat menghiburkannya. Tv adalah gurunya, sebab itu penting ibubapa mengurus selia institusi ini. Itulah "power" nya peranan tv pada kehidupan kini.

Bagi orang dewasa, pemikir-pemikir politik, peminat-peminat politik, lain pulak alasannya. Tiap hari kena tengok warta berita. Kalau tak tengok, beku kepala jadinya, seolah-olah hidup di planet,  sekalipun warta berita yang di hadap itu terkadang menjadi agen pemalsu berita. Itu yang terkadang kedengaran "gilanya punya berita...aku hampuk tv ni sat lagi ha" atau "isshh.. kalau la tv ni harganya 2 ringgit satu, aku sepak sehari 6 kali" dan bermacam-macam lagi versi marah dan geram pada warta berita palsu yang akhirnya geram itu dilepaskan pada kotak yang namanya "televisyen". Bagi ibu-ibu, tv sangat membantu mereka dalam menguruskan rumahtangga. Si kecil akan terpaku bila dihidangkan dengan siri-siri kartun. Ibu-ibu dapat buat kerja rumah dengan "efisyen" kerana tak diganggu oleh anak-anak. Macamana pulak dengan peminat filem hindi? wrestling? bolasepak dan sebagainya? "Lu pikiiiiiiiir lah sendiri" takbir Nabil yang cukup famous!

Coretan tengah malam ini sebenarnya nak hiburkan hati, berkongsi kisah dengan pembaca. Tapi last-last jadi ceramah bab televisyen pulak. Itulah idea-idea yang spontan tak dirancang. Sesuatu yang tak dirancang biasanya akan pincang. Mata pun dah kuyu... selamat malam...! Malam ini tanpa televisyen huhuhuhuhu...


1 ulasan:

  1. Berbicara tentang televisyen, terpanggil saya nak bagi sedikit ulasan. Boleh tak agaknya kita hidup tanpa televisyen?
    Menurut seorang lecturer saya ketika di kolej dulu, dia tak bagi anak-anak hidup dengan televisyen. Terlalu banyak yang buruk daripada yang baik. Itu katanya..
    Lalu, dia berikan alternatif lain pada anak-anaknya. Belikan CD (bolehlah di control rancangannya), belikan ensiklopedia yang menarik, bawa anak-anak menyertai aktiviti yang menarik, dan banyak lagi. Macam ustaz hafiz dan kak long buatlah, bawa husna pergi makan angin.
    Saya kagum juga dengan lecturer saya tu kerana dia orang Kanada, tetapi anak-anaknya terdidik dan terpelihara daripada tempias bahana rancangan tv yang amat membimbangkan. Katanya di sana lagi serius kes anak-anak terpengaruh dengan aksi di televisyen. Dia tidak mahu anak-anaknya turut terjebak. Agak-agaknya kita pula bagaimana?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...